Ana raffali
Ana raffali..memula aku x minat sgt ngan minah ni..walaupon dia menang AJL aritu..tp pas lagu Kalo Berpacaran aku start minat kt minah ni..tup tap tup tap...aku terbaca entry kt bwh ni aku mula jd cm dulu..x minat blik..tp betul ke@sekadar gosip liar melanda???
Jeling Kak Pora: Alahai Ana Raffali
kakpora@bharian.com.my
KAK Pora tak terkejut pun mendengar cerita yang kurang sedap didengar mengenai perangai Artis Baru Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 ini. Silap hari bulan, karier seni Ana Raffali yang baru mengembang tak mustahil menguncup dalam masa terdekat. Bukan Kak Pora nak mendoakan yang bukan-bukan. Namun mendengar satu persatu kisah Ana, Kak Pora jadi naik rimas. Takkan baru mula popular dah nak buat perangai. Jangan cepat mendabik dada dan mudah hanyut dengan kejayaan kerana semua itu bersifat sementara.
Malah, Kak Pora dapat tahu, Aidit dan isterinya, Zaza pun tak sangka Ana cepat berubah sikap. Pasangan suami isteri itu yang mula-mulanya menatang Ana seperti minyak penuh juga sudah tidak mampu berbuat apa-apa lagi. Iyalah, siapa pun yang berada di tempat mereka tentu terguris hati.
Selepas itu, ada lagi cerita kurang enak timbul. Nak cerita panjang tak muat rasanya ruangan ini. Rupa-rupanya idea berbaju kurung dan imej bergitar itu bukan cetusan idea Ana sendiri, sebaliknya pencetusnya ialah Aidit.
Kononnya selama ini, imej Ana itu atas naluri dan minatnya sendiri. Paling lucu, Kak Pora dapat tahu, Ana sebenarnya bukan pandai sangat pun main gitar, lagak macam hebat main gitar tetapi dia cuma tahu asas petik gitar saja. Auta saja lebih...
Kak Pora juga dapat tahu, Ana dulu pernah juga pakai singlet sebelum dia popular. Tetapi sekarang, lagaknya ala-ala perempuan bersopan santun gitu. Gediknya boleh tahan juga. Tapi itu hak Ana sebagai manusia. Kak Pora tiada hak untuk melarang. Cuma, tak mahulah kalau Ana sekadar nak berpura-pura. Mungkin dengan apa yang dilalui Ana sekarang, dia terpaksa menjadi hipokrit kerana terikat dengan gaya berbaju kurung ketika membuat persembahan itu. Entahlah Kak Pora tak tahu nak cakap apa lagi. Lantaklah kau Ana...
No comments:
Post a Comment